Monday, September 3, 2012

Soya Organik: Susu Soya Terbaik Di Dunia

Susu Soya Organik Melilea di datangkan dari wilayah Heilongjiang di timurlaut China, sangat terkenal sebagai kacang soya yang paling bermutu di dunia. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan susu soya Heilongjiang sangat tinggi mutunya.

Kawasan ini dikurniakan dengan tanah yang amat subur dan sesuai untuk penanaman kacang soya. Ia terletak jauh dari zon perindustrian China, sejauh 30km dan oleh itu, tahap pencemaran udara dan air di sini minimum. Ia ditanam secara organik, tanpa penggunaan baja tiruan dan bahan kimia. Itulah sebabnya Susu Soya Organik Melilea dianugerahkan Superbrand dan Susu Soya dari Heilongjiang diberi anugerah "Green Food", yakni Makanan Hijau oleh kerajaan China.

Susu Soya Melilea begitu kaya dan berkrim, rasanya lebih dekat kepada rasa susu daripada rasa kacang soya yang biasa. Selain itu, ia jauh lebih baik untuk kesihatan berbanding minuman kacang soya di pasaran. Malahan anda tidak dapat membelinya dengan mudah di China! Susu Soya Organik Melilea dari wilayah Heilongjiang ini merupakan kacang soya gred tertinggi yang ditanam khas untuk diekspot, dan lebih bermutu daripada kacang soya yang dijual untuk penduduk tempatan. Khasiatnya begitu tinggi sehinggalah bayi berumur tiga bulan pun dapat minumnya dengan sihat mengganti susu.

Tahukah anda bahawa kebanyakan minuman kacang soya yang terdapat di pasaran tidak sesuai untuk kesihatan? Sebabnya, kebanyakan minuman kacang soya biasa disediakan daripada kacang soya yang tidak dikupas kulit dan ditanggalkan pucuknya, sebaliknya seluruh kacang soya itu dihancurkan untuk dijadikan minuman. Proses penanggalan kulit dan mata tunas ini bukannya mudah dilakukan tetapi amat mustahak.

Kulit dan mata tunas kacang soya kami telah dibuang, supaya hanya 45% daripada kacang soya tersebut digunakan, dan baki 55% lagi yang sebenarnya tosik dan tidak berguna dibuang. Oleh sebab itu, kacang soya Melilea penuh berkrim dan berkandungan protein 16% yakni lebih daripada lapan kali ganda kandungan protein minuman kacang soya yang biasa.
   
Pengeluar kacang soya lain tidak dapat menandingi hasil yang dikeluarkan oleh soya organik Melilea atas faktor pembuangan kulit dan mata tunasnya.
Para Doktor ada menasihatkan mereka yang baru menjalani pembedahan bahawa minuman kacang soya tidak sesuai untuk mereka. Akan tetapi, setelah memahami kebaikan kacang soya kami, dan mengapakah ia berlainan daripada yang biasa, mereka terus mengesyorkannya kepada para pesakit.

Benarkan kami terangkan kelainan Soya Organik Melilea dari Heilongjiang berbanding kacang soya biasa. Kulit dan pucuk kacang soya tidak baik untuk kesihatan kita. Mata tunasnya tidak sesuai untuk mereka yang terkena penyakit gout dan mempunyaki kandungan asid urik yang tinggi, manakala kulit kacang soya tidak sesuai untuk mereka yang terkena gastrik. Itulah sebabnya apabila bahagian-bahagian ini dikeluarkan, baki susu soya ini dapat membantu penyakit gout dan gastrik.


Susu Soya Organik Melilea juga sangat baik kepada anak-anak yang sedang membesar dan sedang belajar. Ia mengandungi Lecitin yang tinggi yang membantu perkembangan mental dan minda anak-anak. Sekiranya diminum sebelum membaca buku pelajaran di sekolah, iaakan mencerahkan pemikiran, mata dan menjadikan anak-anak semakin mudah menyerap pelajaran yang sedang dibaca. Ini telah terbukti kepada para pelajar kami di sebuah universiti awam tempatan, dimana mereka mendapat markah tertinggi di dalam peperiksaan akhir semester mereka, seorang di dalam fakulti matematik dan seorang lagi di dalam fakulti bahasa Jerman.